tag Papa fiya dah tak ada sayang.. Mama dan Fiya pasti rindu papa ini perjalanan terakhir papa (8Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Papa fiya dah tak ada sayang.. Mama dan Fiya pasti rindu papa ini perjalanan terakhir papa (8Gambar)

BANDAR SERI JEMPOL: Sedih sebak semua ada melihat ibu ini dengan anak kecil nya Nur Hafiya, bayi sekecil itu tidak mengenal apa-apa yang papa nya telah dijemput ilahi, pergi dalam bertugas kepada bangsa dan negara.

Semoga Puan Assyuhadak  tabah dengan dugaan ini dan roh arwah suami tenang disana bersama insan-insan yang diredahi yang maha esa.

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, Serting di sini, jam 11.15 pagi tadi. 








Allahyarham, 31, dan rakannya, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terkorban selepas pesawat HAWK 108 yang mereka naiki terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu. 

Lebih 300 pegawai dan anggota tentera, ahli keluarga, saudara mara, rakan serta penduduk FELDA itu hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Terdahulu, jenazah tiba di Padang Awam FELDA Lui Muda dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 9 pagi dengan menggunakan helikopter, dan kemudian dibawa ke kediaman keluarganya.


Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kariah FELDA Lui Muda untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan bagi pengebumian. Allahyarham yang juga dikenali sebagai Mejar Fixer, meninggalkan seorang balu, Assyuhadak Ahmad, 30, dan anak perempuan berusia lapan bulan, Nur Hafiya. Al fatihah 

No comments

Powered by Blogger.