Maafkan Mommy dan Daddy Aisya .. Walaupun kami Doktor percaturan Allah terbaik buat Aisya (6Gambar)
Pasir Putih : Kehilangan insan tersayang amat dirasai oleh sesiapa pun ini lah yang dihadapai oleh pasangan suami isteri Doktor iaitu Dr Shahidatul Adha Mohamad dan Dr Mohd Hannan Yusof, bayi mereka yang dilahirkan pramatang semasa usia kandungan Dr Shahidatul 6Bulan.
Dr Shahidatul dan Suami sudah lakukan yang terbaik pada anak mereka Aisya , walaupun mereka berdua Doktor mereka hanya mampu berdoa pada yang maha esa untuk Aisya setelah memberi rawatan terbaik.
Namun ketentuan yang maha esa untuk Aisya sudah tertulis Aisya telah pergi buat selamanya,birapun keadaannya begitu, saya teruja dengan kelahirannya terutama untuk menyambut Aidilfitri nanti, namun Allah SWT lebih menyayanginya.
"Saya reda dengan pemergian Aisya walaupun hakikatnya masih belum puas membelainya,” kata Dr Shahidatul Adha Mohamad,32, ibu kepada Aisya Hanani Mohd Hannan yang meninggal dunia pada 6.45 pagi, 11 Jun lalu di Wad 1 Nilam, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan selepas 15 hari dilahirkan.
Aisya Hanani dimasukkan ke NICU HUSM sejak dilahirkan pada 28 Mei lalu selepas dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram iaitu pada usia kandungan enam bulan.
Ketika memasuki hari ke-12, anak syurga itu mengalami gangguan pernafasan atau dikenali sebagai ‘Apnea’ secara berulang kali sehingga pihak hospital memasukkan tiub pernafasan melalui mulut selama tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.
Dr Shahidatul berkata, sejak anaknya dirawat diHUSM, dia akan datang melawat setiap hari untuk melakukan pelukan "kangaroo mother care"(KMC) sekurang-kurangnya satu jam setiap hari.
“Pelukan itu dipercayai mampu menstabilkan kadar pernafasan, menguatkan antibodi dan dapat mempercepatkan pertambahan berat badan.
“Pada 8 Jun lalu, keadaan arwah mula berubah dan semakin kritikal,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, dalam tempoh hayat anak syurga itu, dia hanya sempat memberi susu perahan selama tujuh hari kepada bayinya yang diminum menerusi tiub.
"Setiap kali menatap wajah Aisya, saya sentiasa mengharapkan akan berlaku keajaiban, meskipun saya sedia maklum mengenai keadaannya itu,” katanya yang juga pegawai perubatan dan pensyarah perubatan di Jabatan Oftalmologi, HUSM.
Katanya, biarpun doktor sudah memaklumkan keadaan bayinya selain melihat sendiri keadaan Aisya, dia tetap memujuk hati bahawa semuanya akan kembali pulih.
"Mereka juga tidak menjanjikan peluang sembuh untuk bayi saya kerana kelahirannya yang terlalu awal pada 26 minggu kandungan. Sesungguhnya saya hanya berserah kepada Allah,” katanya.
Jenazah Aisya Hanani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Siam, Pasir Puteh pada 10.30 pagi, 11 Jun lalu.
Katanya, kali terakhir dia melihat anaknya itu pada 3 pagi, 11 Jun lalu selepas tertidur hampir satu jam di bilik menunggu hospital.
Bagaimanapun, kira-kira 4 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan memberitahu anaknya dalam keadaan tenat.
Katanya, dia berlari ke NICU untuk melihat anak dan menghubungi suami, Dr Hannan Yusof, 33, serta bapa mentua, Mohd Yusof untuk segera datang ke hospital.
“Setibanya mereka tidak lama kemudian, bapa mentua meminta saya menghentikan bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan Aisya yang saya sendiri tidak sampai hati untuk melihatnya," katanya.
"Saya akur dan menarik keluar tiub pernafasan itu selepas mendapati jantung Aisya terhenti, Allahuakbar...,” katanya. Al fatihah
Post a Comment