Damai lah kamu bertiga disana .. Hanya 9 bulan kecapi nikmat hidup bersama (6Gambar)
Pasangan Muhammad Jabrullah dan Ezatty baru sahaja diijabkabul pada September tahun lepas, akhirnya ajal menjemput pasangan ini apabila mereka berdua maut DISERET 100 METER dalam kemalangan yang membabitkan sebuah motor dan Toyota Hilux di highway Mex menghala ke Putrajaya. Tambah menyedihkan apabila si isteri sedang hamil anak sulung.
Sebak kami baca luahan rakan kepada pasangan ini yang sangat bersedih dengan kehilangan mereka. Cinta sehingga ke hujung nyawa, sehidup semati. Semoga pasangan ini berada dalam kalangan orang yang beriman.
Al fatihah...
pergimu dibulan yg mulia.. cintamu sehati sejiwa..Jodoh kalian berdua hingga akhir hayat... tenanglah damailah wahai sahabat,adik,rakan seperjuangan..sesungguhnya ak masih terkejut terkedu mendapat berita dengan kehilanganmu.. Moga dirimu dan isteri ditempatkan dikalangan orang2 beriman,Soleh dan solehah.
Banyak Kenangan Kita Di Smarthome n Poli.. Al-Fatihah buat Muhammad Jabrullah Dan isteri 😢 takziah buat ahli keluarga -Fiera Eira
Al-Fatihah untuk sahabatku Muhammad Jabrullah dan Isteri serta anak di dalam kandungan.. Semoga roh mereka sekeluarga ditempatkan didalam golongan beriman.. Kau lah sahabat, kau lah adik, kaulah guru, pemergianmu dibulan mulia ini sudah tertulis. Kuiring doa untukmu, Alfatihah -Mohd Nuramin.
Jenazah kedua-dua pasangan suami isteri ini selamat disemadikan di kampung isteri arwah di Kedah semoga roh mereka bertiga dicucuri rahmat. Al fatihah
Post a Comment