tag Sedihnya..Siti Nadirah mengandung 2 bulan ketika ditembak suami nya akibat cemburu (6Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Sedihnya..Siti Nadirah mengandung 2 bulan ketika ditembak suami nya akibat cemburu (6Gambar)

MIRI : Christie atau Nama Islam nya Siti Nadirah Abdullah mengandung 2 bulan saat diri nya ditembak kejam oleh suami nya Sofian Abu Hassan yang merupakan seorang anggota Polis berpangkat Inspektor.
Sebelum ini media melaporkan Christie merupakan janda dan meurpakan kekasih suspek, kerana tiada dokumen yang lengkap tentang perkahwinan mangsa dan suspek.
Apa yang berlaku mengudang pilu keluarga Siti Nadirah tidak disangka dia ditembak kejam oleh suami sendiri akibat cemburu.
Inspektor polis yang menembak mati isterinya yang sedang hamil dua bulan di Kampung Kakai, Serian kelmarin dipercayai berpunca daripada rasa marah selepas mengesyaki wanita itu curang.




Mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, mati di dalam bilik tidur dengan dua kesan tembakan di kepala dan leher. Siti Nadirah berasal dari Kampung Kakai dipercayai mati ditembak ketika sedang tidur.
Sebelum itu, suaminya yang berasal dari Kampung Abi Tok Hashim, Kangar, Perlis dan merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga baru sampai ke kampung isterinya selepas menghadiri kursus di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching selama seminggu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis sedang menyiasat tindakan inspektor terbabit yang tergamak membunuh isterinya yang bekerja di sebuah salon di sini.
“Ujian air kencing mendapati inspektor polis itu positif mengambil syabu,” kata beliau selepas mengadakan lawatan rasmi di IPD Miri di sini semalam.
Semoga keluarga Siti Nadirah tabah dengan dugaan ini, dan suami nya mendapat hukuman setimpal apa yang dilakukan nya terhadap isterinya. Al fatihah 

No comments

Powered by Blogger.