tag Maut tercampak dan digilis motosikal GTR nya rempuh Hilux .. Wan anak saudara Dato Rosyam Nor (10Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Maut tercampak dan digilis motosikal GTR nya rempuh Hilux .. Wan anak saudara Dato Rosyam Nor (10Gambar)

Slim Rever : Riduan Ali atau lebih dikenali dengan nama Wan Mas GTR maut tragis apabila motosikal kuasa tinggi milik arwah merempuh belakang sebuah Hilux dalam kemalangan 500 meter sebelum Behrang menghala KL.
Mengikut sumber arwah Wan merupakan anak saudara kepada Dato Rosyam Nor yang turut berada di Hospital Slim River selepas kejadian.
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, maut selepas melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang dipercayai rosak di lorong kecemasan, di sini, petang tadi.
Kemalangan itu turut membabitkan dua motosikal dan dua kereta, menyebabkan kesesakan sejauh hampir lima kilometer.
Dalam kejadian jam 4.45 petang di Kilometer (KM) 386 LebuhrayaUtara Selatan(PLUS) arah selatan berhampiran Behrang dekat sini, Riduan Ali, 41, yang menunggang motosikal Kawasaki GTR 1400, maut di tempat kejadian selepas tercampak ke laluan kiri dan menimpa sebuah lagi motosikal yang melalui laluan berkenaan.









Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam perjalanan dari Ipoh menghala Kuala Lumpur dipercayai cuba memotong sebuah kereta di lorong kecemasan.
"Ketika cuba memotong, mangsa telah melanggar belakang sebuah pacuan empat roda di lorong itu, dipercayai rosak.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak di lorong sebelah kiri dan menimpa sebuah lagi motosikal yang berada di lorong berkenaan.
"Mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah motosikal lain dan dua lagi kereta jenis Proton Waja dan Perodua Myvi yang melalui laluan itu," katanya, malam tadi.
Wan Kamarul Azran berkata, dua lagi penunggang motosikal berkenaan dan pemandu pacuan empat roda cedera ringan, manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.
Mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jenazah Wan Mas @Riduan Ali  akan dibawa ke alamat ni malam ni dari Hospital Slim River kekediaman atwah di Teratai Mewah Apt, Jln Langkawi Setapak KLSolat jenazah 9.00-9.30 am di surau bawah apartment dikebumi jam 10.00am. Alfatihah 

No comments

Powered by Blogger.