tag Janda jelita maut terbujur di katil berlumur darah .. hayat nya berakhir dihujung pistol (10Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Janda jelita maut terbujur di katil berlumur darah .. hayat nya berakhir dihujung pistol (10Gambar)

KUCHING: Christie merupakan seorang janda tinggal bersendirian kematian nya amat tragis ditembak oleh suami nya yang merupakan seorang anggota polis itu mengikut laporan awal.
Namun setelah disiasat oleh pihak berkuasa hubungan Chirstie dan anggota polis terbabit hanya lah pasangan kekasih kerana tiada ikatan dan rekod mereka sebagai suami isteri.
Insiden ini dilaporkan berlaku sekitar jam 3.15 petang, petang tadi di sebuah di Kampung Kakai dengan mangsa ditemui mati oleh jirannya setelah mendengar bunyi satu das tembakan.







Jiran berkenaan kemudian dimaklumkan oleh ibu mangsa bahawa tembakan itu dilepaskan oleh menantunya, yang juga seorang pegawai polis.
Kerana takut, ibu mangsa kemudian meminta jirannya memeriksa keadaan di dalam bilik berkenaan sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Kurang enam jam selepas melarikan diri, pasukan Siasatan Jenayah Berat D9 IPK Sarawak berjaya memberkas seorang pegawai polis, yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan teman wanitanya di Kampung Kakai, Serian petang tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dilakukan sekitar jam 9.35 malam tadi berhampiran pasar raya Emart, Matang dekat sini.
“Tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.Tangkapan dilakukan tanpa provokasi,” katanya lagi.
Mazlan turut mengesahkan bahawa suspek merupakan pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek dilihat memasuki bilik mangsa sebelum melepaskan satu das tembakan.
“Mangsa yang dikenal pasti sebagai Christie merupakan seorang janda,  dan hubungannya dengan suspek adalah teman lelaki.
Kata Mazlan, pihaknya tidak dapat mengesahkan status mangsa dan suspek kerana dalam rekod rasmi jabatan, tiada rekod membuktikan suspek berkahwin lagi. ”
Ketika ini katanya, fokus siasatan adalah berkaitan aspek peribadi suspek dan mangsa, dan tiada unsur lain.
Suspek yang dikategori berbahaya kerana membawa senjata kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna putih, Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments

Powered by Blogger.