Menahan sakit di akhir hayat .. Cikgu Umi Nazrah dijemput ajal keretanya bertembung bas pagi tadi (8Gambar)
Kulim : Seorang wanita maut tersepit apabila kereta dipandunya bertembung bas dalam kejadian pagi tadi diselekoh menghala sungai Kob diKulim.
Mangsa merupakan seorang guru dikenali dengan nama Cikgu Umi Nazrah maut ditempat kejadian akibat tersepit ditempat duduk pemandu dan impak kemalangan terbabit.
Cikgu Umi Nazrah dalam perjalanan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim untuk menghadiri mesyuarat disana, apa yang berlaku mengundang pilu, arwah menahan sakit diakhir hayat nya akibat tersepit dan cedera parah.
Arwah pergi dihari ke 19 Ramadan dikala umat islam rancak membuat persiapan untuk syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, pergi didalam tugas kepada negara sebagai warga pendidik.
Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, semoga roh Cikgu Umi Nazrah dicucuri rahmat dan keluarganya tabah apa yang berlaku. Al fatihah.
Innalillah..alfatihah
ReplyDelete