Maafkan Ustaz .. Ustaz Hamzi pemandu berpengalaman namun tiada lesen memandu(8Gambar)
Kuala Krai : Pemandu van pusat Tahfiz Al Hashimi, Tualang yang terbabit kemalangan sehingga mengorbankan tujuh pelajar pusat tahfiz itu menjadi pemandu di pusat berkenaan sejak lima bulan lalu.
Muhammad Hamzi MuhammadHusyam, 24, cedera dan kini dirawat di Hospital Machang, perasan sedih dan kesal apa yang berlaku dia hanya mampu memohon maaf.
Pengasas pusat Tahfiz Al Hashimi, Datuk Adnan Hashim berkata, selain itu, dia juga diberi tanggungjawab sebagai guru agama.
Katanya, pemandu itu berpengalaman termasuk memandu dalam jarak yang jauh membawa pelajar tahfiz ke program agama terutama di Kota Bharu.
"Beliau bekerja dengan kita sejak lima bulan yang lalu dan sangat bertanggungjawab," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Krai, hari ini.
Difahamkan, kesemua pelajar Tahfiz Al Hashimi, Tualang belajar dan menginap secara percuma di pusat itu yang ditaja oleh pengasasnya.
Pihak berkuasa mendedahkan Ustaz Hamzi disahkan tidak mempunyai lesen memandu semasa memandu van terbabit, Ketua Polis Kuala Krai, DSP Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, pemuda berusia 24 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan turut disahkan tidak dipengaruhi dadah.
Siasatan awal mendapati pemandu van cuba memotong kenderaan lain dan kemudian hilang kawalan sehingga merempuh sebuah rumah di bahagian kanan jalan," kata Zulkarnain ketika dihubungi Bernama pada Sabtu
Post a Comment