tag Angkara percaya kata BOMOH tuduh arwah Zulfarhan curi laptop .. Arwah didera dan dibunuh kejam (8Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Angkara percaya kata BOMOH tuduh arwah Zulfarhan curi laptop .. Arwah didera dan dibunuh kejam (8Gambar)

Johor Bahru :Polis kini giat mengesan  bomoh untuk merakam keterangan nya yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.

Arawah Zulfarhan Osman Zulkarnain maut dikatakan dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah sebelum meninggal dunia. Bukan itu saja, Zulfarhan yang juga pegawai kadet laut tahun tiga UPNM dipaksa mengaku mencuri komputer riba.

“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri laptop) kerana percaya dengan kata-kata bomoh terbabit.





Polis akan mengambil keterangan doktor klinik swasta di Bangi bagi bantu siasatan kes buli penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan berhubung kes itu.
Katanya, klinik swasta di Bangi iaut adalah tempat arwah dibawa untuk menerima rawatan, pada 27 dan 31 Mei lalu.
Jenazah Zulfarhan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Jenazah yang tiba pukul 9.10 disemadikan pukul 9.25 malam dengan dihadiri keluarga, rakan, saudara-mara dan kira-kira 100 penduduk setempat.

No comments

Powered by Blogger.