tag Tidak akan ada lagi kedengaran suara nya dicorong radio .. Ustaz Fadzil Hassan maut kemalangan (8Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Tidak akan ada lagi kedengaran suara nya dicorong radio .. Ustaz Fadzil Hassan maut kemalangan (8Gambar)

Changlun : Berita Sedih pada insan-insan yang yang mengenali Ustaz Fadzil Hassan Penceramah dalam Radio Kedah fm setiap pagi Jumaat beliau keudara.

Ustaz Fadzil Hassan telah terlibat dlm kemalangan jalanraya di Changlun spetang tadi, kereta yang dipandunya telah terlibat dalam kemalangan dan beliau telah meninggal dunia. 

Jenazah dihantar ke unit Kecemasan Hospital Jitra untuk tindakan lanjut,Jenazah sedang dimandikan di Hospital Jitra dan akan disembahyangkan di Masjid Kg Imam lepas solat isyak. 








Permergian Ustaz Fadzil mengundang pilu para pendengar Radio Kedah Fm serta insan-insan yang mengenali arwah, beliau disifatkan seorang insan yang sangat terpuji dan mulia.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarga beliau tabah dengan permergian arwah Ustaz Fadzil, Tidak akan dengar lagi suara nya di corong radio Kedah Fm setiap pagi jumaat. Al fatihah 

No comments

Powered by Blogger.