tag Kecoh dan cemas dalam pesawat MAS MH128 yang terpaksa berpatah balik .. ini punca nya (5Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Kecoh dan cemas dalam pesawat MAS MH128 yang terpaksa berpatah balik .. ini punca nya (5Gambar)

Pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, semalam, berpunca daripada penumpang mabuk yang membuat gangguan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata, suspek dipercayai warga Sri Lanka.
Menurutnya, sehingga kini beliau masih belum menerima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula.
"Saya ingin menyeru supaya orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi membabitkan aktiviti keganasan.
"Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa semua anak kapal berjaya mengawal penumpang terbabit," katanya.



Sebelum ini Harian Metro melaporkan Insiden gangguan daripada penumpang sehingga pesawat MH128 yang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik berakhir selepas penumpang yang membuat kecoh ditahan bahagian keselamatan lapangan terbang dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat.
Dalam kenyataan terkini daripada Malaysia Airlines pada 12.19 tengah malam, semua penumpang yang sudah meninggalkan pesawat menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa Australia.
Penumpang diberi kemudahan hotel dan ditawarkan untuk menaiki penerbangan seterusnya berdasarkan kekosongan atau menggunakan penerbangan syarikat lain.
Malaysia Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam menyiasat insiden yang berlaku.
"Kami ingin menegaskan bahawa tiada unsur pesawat dirampas.
"Keselamatan penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku," katanya.
Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.28 pagi, Khamis.
Bagaimanapun, pesawat terpaksa berpatah balik selepas kapten menerima maklumat daripada anak kapal ada kekecohan berlaku apabila penumpang cuba masuk ke kokpit.
Susulan kejadian itu, akhbar tempatan Australia, Daily Mail melaporkan Lapangan Terbang Tullamarine ditutup dan pesawat diperiksa unit pemusnah bom.

No comments

Powered by Blogger.