Ajal adik Hamani dalam gelap gelita waktu berbuka .. jatuh ke sungai ketika kayuh basikal (3Gambar)
ALOR SETAR : Dikala umat islam sedang berbuka pada hari ke 4 ramadan adik Adik Hamani berusia 5 tahun maut akibat jatuh kedalam sungai disekitar rumahnya ketika menunggang basikal.
Mungkin ramai yang terfikir-fikir kena anak sekecil itu masih menunggang basikal diwaktu hari yang sudah hampir malam dan waktu senja.
Namun mungkin sudah ajal adik Hamani pergi saat itu yang menundang pilu keluarga nya tentu ramai yang menyalah kan ibu bapa nya kerana kecuaian menjaga nya, namun benda sudah berlaku tidak perlu untuk meyalahkan pada sesiapa.
Ini boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa jangan cuai menjaga anak-anak disaat waktu berbuka semua leka makan jangan dilupa pantau anak-anak disaat itu.
Adik Nur Zarif Hamani merupakan pelajar PASTI Nurul Taqwa Batu 2 Jalan Sanglang, apa yang menimpa adik arwah adik Nur Hamani mengudang pilu pihak pengurusan PASTI yang kehilangan salah seorang muridnya.
Kosmo melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Batu 3 Jalan Sanglang, Kodiang dekat sini hari ini.
Mangsa, Nur Zarif Hamani Mohd. Ryzal ditemui oleh orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar, Perlis.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Naim Mat Jaaffar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 7.51 malam tadi.
"Sebaik tiba di lokasi pada pukul 8.21 malam, mangsa telah ditemui oleh orang awam dan dibawa ke HTF," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kanak-kanak itu difahamkan terjatuh ke dalam sungai ketika mahu pulang ke rumahnya dengan menaiki basikal. Al fatihah
Post a Comment