tag Adik maut 9 jam selepas abang .. Hafiz pelajar USIM dan adik nya maut dirempuh pacuan 4roda (10Gambar) - Berita Sayu

Header Ads

Adik maut 9 jam selepas abang .. Hafiz pelajar USIM dan adik nya maut dirempuh pacuan 4roda (10Gambar)

BESUT : Sedih melihat abang yang terkulai layu maut ditempat kejadian, adik dalam keadaan cedera parah sempat memangil abang nya walaupun dia sendiri dalam kesakitan yang amat sangat.
Setelah 9 jam bertarung nyawa di Hospital akhir Muhammad Husaini pergi dijemput ilahi mengikut jejak abang nya Muhammad Hafizuddin pada pukul 3.20 pagi tadi di Hospital.
Dua beradik tersebut tidak sempat berbuka puasa semalam selepas motosikal yang ditungganginya mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux di Jalan Kampung Tembila berhampiran Kampung Raja dekat sini.



 





Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Muhammad Hafizuddin Che Mat, 21, dan adiknya, Muhammad Husaini, 17, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan sebahagian anggota badan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, Muhammmad Hafizuddin yang juga pelajar Universiti Sains Islam Malaysia meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata, adik mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila pula menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Besut di sini pada pukul 3.20 pagi tadi.
"Kejadian berlaku selepas kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux yang dipandu seorang peniaga mengalami kerosakan alat penghubung antara kotak gear dan gandar belakang sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
"Kenderaan itu kemudiannya merempuh motosikal Modenas Kriss yang dinaiki kedua-dua mangsa tersebut," katanya di sini hari ini. Al fatihah 

No comments

Powered by Blogger.