Rehat lah dengan tenang Kak .. Foto selfie terakhir bersama Dr Huda sebelum dijemput ilahi (4Gambar)
Besut : Kenalan rapat Dr Nurul Huda Ahmad pakarPediatrik HUSM yang maut akibat kemalangan, Kejadian berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang selepas melakukan tugasan 'on call' di Hospital.
Munirah Omar yang merupakan kenalan rapat Dr Huda meluahkan rasa sayu dan hiba atas permergian Dr Huda yang disifatkan nya seorang insan yang mulia akhlaknya dan berdedikasi.
Ini Luahan sayu Munirah melalui laman sosialnya, foto terakhir nya bersama arwah Dr Huda mengundang pilu.
" Last selfie bersama kak Nurul Huda Ahmad Kali terakhir berhubung dengan arwah lebih kurang dalam tempoh 24 jam sebelum pemergian beliau menghadap Ilahi. Postcall hari ni, dapat melihat arwah buat kali terakhir.
Allahuakbar, rasa seperti bermimpi dengan pemergiaan tak di duga ini ya Allah.
Arwah seorang yang mulia akhlaknya , tak lokek berkongsi ilmu, dan nasihat. Arwah adalah muslimah contoh yang sentiasa ajak ke arah kebaikan. Kak huda yang sentiasa beri nasihat untuk seimbang dunia akhirat.
InshaAllah pemergian arwah adalah di jalan shahid dan di tempatkan di syurga. Semoga segala urusan kak huda dipermudahkan dan keluarga kak huda tabah dengan segala dugaan.
Al-Fatihah." - Munirah Omar
Sama-sama kita doa agar roh arwah Dr Huda dicucuri rahmat dan seluruh kelurganya tabah diatas apa yang berlaku.
Post a Comment